Jumaat, 14 November 2008

Perbengkelan Pembangunan Laman Ujana Al-Farabi

Perbengkelan ini dijalankan bagi mewujudkan satu laman web, khas untuk kelas Al-Farabi. Laman web ini dibangunkan oleh murid-murid kelas 4 Al-Farabi bermula pada 13/11/08 hingga 15/11/08 di bawah bimbingan Pn. Hjh. Zaleha Abd. Rahman. Fasilitator perbengkelan ini dikendalikan oleh Sdr. Lau Lik Sing, murid kelas ini sendiri. Perbengkelan ini jelas membuktikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dalam ICT serta mereka telah menunjukkan minat serta rasa tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Oleh yang demikian Projek SPM berharap agar melalui perbengkelan ini mereka dapat mengaplikasikan kegigihan mereka, serta meningkatkan inisiatif dalam kecemerlangan akademik dalam SPM 2009.

Khamis, 13 November 2008

"STUDY LEAVE" TERBIMBING

Semua calon SPM 2008. Projek SPM telah mengambil inisiatif menyediakan kelas berdasarkan jadual peperiksaan SPM. Guru-guru disediakan bertujuan memberi bimbingan. Ambillah kesempatan anda mengikuti program ini. Terima kasih kepada guru-guru yang sanggup memberi sumbangan tenaga dan sokongan moral kepada pelajar-pelajar kita.

Muat turun
http://www.mediafire.com/?jf4yc2aynit

SPM 2008 bermula

11 hb November 2008, calon SPM mula menduduki peperiksaan. Semoga anda tenang menghadapinya... Laluilah saat-saat peperiksaan dengan penuh tawakkal. Semoga Allah memberkati segala usaha kita; guru dan juga pelajar. Terima kasih kepada semua guru yang telah mengembelengkan tenaga tanpa jemu menghadapi 1001 macam karenah anak didik kita sehingga saat akhir peperiksaan menjelang...