Jumaat, 14 November 2008

Perbengkelan Pembangunan Laman Ujana Al-Farabi

Perbengkelan ini dijalankan bagi mewujudkan satu laman web, khas untuk kelas Al-Farabi. Laman web ini dibangunkan oleh murid-murid kelas 4 Al-Farabi bermula pada 13/11/08 hingga 15/11/08 di bawah bimbingan Pn. Hjh. Zaleha Abd. Rahman. Fasilitator perbengkelan ini dikendalikan oleh Sdr. Lau Lik Sing, murid kelas ini sendiri. Perbengkelan ini jelas membuktikan bahawa mereka mempunyai kemahiran dalam ICT serta mereka telah menunjukkan minat serta rasa tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan. Oleh yang demikian Projek SPM berharap agar melalui perbengkelan ini mereka dapat mengaplikasikan kegigihan mereka, serta meningkatkan inisiatif dalam kecemerlangan akademik dalam SPM 2009.